Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-Sumber Pengasas SK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. Saad
Lencana Sekolah
Sejarah Lencana Sekolah secara rasminya telah ditukarkan sebanyak sekali dalam penubuhannya di sekolah ini. Ini adalah lencana yang baru, namun masih mengekalkan ciri-ciri lencana yang lama. Memiliki 4 warna utama iaitu Merah, Biru, Kuning dan Putih. Cogan kata pula berbunyi ILMU MENJANA INSAN begitu sinonim dengan hasrat dan matlamat utama penubuhan sekolah selama 66 tahun penubuhannya.
Lambang buku menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian. Dengan ilmu seseorang itu dapat menjadi individu yang berguna kepada keluarga, masyrakat, negara, bangsa dan Agama.
Lambang obor pula menunjukkan pencarian ilmu sama sekali tidak pernah akan terpadam. Obor yang membakar juga menunjukkan ilmu yang diperolehi akan menerangi segala kegelapan dan tidak mendorong kepada kejahilan dan kesesatan.
Lambang Kitaran Orbit menunjukkan peredaran masa selama yang tidak pernah putus dan mengingatkan kita akan Kebesaran ALLAH SWT. Kitaran ini menunjukkan bahawa masa itu adalah emas dan amat beharga. Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al- 'Asr yang maksudnya:
" Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
